
Gara-gara wabak Covid-19 yang semakin menghantui masyarakat seluruh dunia, seorang ibu mengambil inisiatif dengan menamakan anak kembarnya yang baru lahir dengan “Corona” dan “Covid”.
Preeti Verma berkata, nama anak kembar lelaki dan perempuannya yang lahir pada Jumaat lalu, akan mengingatkannya mengenai apa yang berlaku pada tahun kelahiran mereka ini.
Anak lelakinya diberi nama Covid, manakala anak perempuan dipanggil Corona.
Memetik laporan BBC, Preeti berkata tidak akan melupakan kesulitan yang dihadapi pada masa ini.
Wanita berusia 27 tahun dari Chhattisgarh, India itu memberitahu, wabak itu juga membawa beberapa kenangan manis.
Dia bagaimanapun mengakui bahawa dia mungkin menukar nama anak kembarnya apabila mereka semakin membesar.
Preeti yang juga mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun berkata waktu melahirkan anak itu berlaku selepas berdepan dengan pelbagai kesukaran.
“Oleh itu, saya dan suami mahu menjadikan ia sebagai hari yang perlu diingati. Diakui virus tersebut berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak ini membuatkan semua orang memberi perhatian kepada kebersihan, sanitasi dan perkara-perkara baik yang lain,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]