21 kluster baharu Covid-19, 13 babit tempat kerja

21 kluster baharu Covid-19, 13 babit tempat kerja

Selebihnya lima berkaitan komuniti serta masing-masing, satu kumpulan berisiko tinggi, pusat tahanan dan pendidikan tinggi.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 21 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau dalam kenyataan berkata, 13 daripadanya membabitkan tempat kerja, lima kluster komuniti serta masing-masing, satu kumpulan berisiko tinggi, pusat tahanan dan pendidikan tinggi.

Kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Sarawak, Kedah dan Melaka.

  • Kluster Jalan Persiaran Enam (Kuala Selangor) dengan 14 kes
  • Kluster Industri SS Lapan Sungai Way (Petaling, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dengan 97 kes
  • Kluster Tapak Bina Laluan Klang (Klang) dengan 24 kes
  • Kluster Jalan Permata 22 (Gombak) dengan 14 kes
  • Kluster Industri Kampung Bukit Angkat (Hulu Langat) dengan 28 kes
  • Kluster Jalan Kebun Baru (Kuala Langat) dengan 10 kes
  • Kluster Taman Pusat Kepong (Kepong) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Kepong Usaha (Kepong) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Tasik Selatan (Cheras) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Sri Hartamas (Kepong) dengan 21 kes
  • Kluster Industri Jalan Teknologi Lima Nilai (Seremban dan Port Dickson) dengan 30 kes
  • Kluster Industri Jalan Senawang Empat (Seremban, Jempol, Kuala Pilah, dan Rembau) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Maju Lima (Johor Bahru dan Kota Tinggi) dengan 35 kes
  • Kluster Kampung Bukit Tanah (Pasir Puteh) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Kubang Hakim (Pasir Mas) dengan 10 kes
  • Kluster Kampung Pulau Tukang Dollah (Kota Bharu) dengan 41 kes
  • Kluster Lunyim (Telang Usan) dengan 21 kes
  • Kluster Sungai Long Seripa (Sebauh) dengan 40 kes
  • Kluster Dah Perdana Tinggi (Kulim) dengan 15 kes
  • Kluster Tembok Ulu Teris (Sepang) dengan 16 kes
  • Kluster Jalan Laksamana Cheng Ho (Melaka Tengah) dengan 26 kes

Beliau berkata, sebanyak 2,666 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 850 daripadanya aktif dan 1,816 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.