60,000 rakyat susah perlu dibantu – Ebit Lew

60,000 rakyat susah perlu dibantu – Ebit Lew

Walau masih dikuarantin, Ebit Lew tidak sabar untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ebit Lew kini dikuarantin di sebuah hotel di ibu negara sebaik kembali dari misi kemanusiaan di Gaza. (Gambar Facebook)

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit berkata kurang sehari talian bantuannya dibuka, 60 ribu permohonan diterima dari seluruh negara.

Masih lagi menjalani kuarantin di sebuah hotel di ibu negara, dermawan itu mengakui tidak sabar untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

“Doakan ye tak sabar nak bantu semua yang memerlukan di Malaysia. Sayu sangat rasa, tengok orang tinggal bawah jambatan. Tinggal tepi jalan. Terpaksa tinggal dalam stor. Ada yang kelaparan.

Jelas Ebit, pihaknya bertubi-tubi menerima panggilan telefon dan WhatsApp menerusi 15 talian yang dibuka.

”Kurang dari sehari jer buka bantuan di semua negeri, sudah ada 60 ribu orang mohon bantuan seluruh Malaysia,” katanya.

Ebit turut memohon maaf kerana terpaksa mengikut urutan dan siapa yang paling memerlukan.

“Maafkan saya ye. Saya hari-hari doakan buat semua Allah buka jalan dan bantu. Doakan juga buat saya ye. Saya ingin menjadi sebahagian kecil dari banyak usaha orang lain,” tambahnya.

Ebit yang cukup berterima kasih dengan kru dan pasukannya turut memaklumkan bahawa pihaknya ada menyediakan 22 Food Bank di semua cawangan elewsmart.

“Jangan segan cuma maklumkan pada staf di @elewsmart. Setiap hari tanpa cuti. Semoga menjadi asbab kebaikan.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.