HTAR nafi jabatan kecemasan ‘dikosongkan’ sebelum lawatan PM

HTAR nafi jabatan kecemasan ‘dikosongkan’ sebelum lawatan PM

Pengarahnya, Zulkarnain Mohd Rawi dakwaan tersebut adalah adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit.

Zulkarnain Mohd Rawi berkata keputusan menempatkan pesakit Covid-19 ke wad Covid-19 berisiko rendah adalah terletak pada pihak pengurusan wad, bukan ETD. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menafikan dakwaan Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital itu dikosongkan sebelum lawatan Perdana Menteri semalam.

Menurut Pengarahnya Zulkarnain Mohd Rawi, dakwaan berkenaan tidak benar kerana jabatan itu sememangnya penuh dengan pesakit.

“Manakala pesakit yang belum menerima rawatan di ETD setakat 13 Julai, adalah seramai 177 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej dan gambar tular yang mendakwa ETD HTAR kosong semasa Muhyiddin melawat hospital itu semalam.

Zulkarnain Mohd Rawi.

Beliau berkata, keputusan untuk menempatkan pesakit Covid-19 ke Wad berisiko rendah terletak pada pihak pengurusan wad, bukan ETD.

Zulkarnain berkata, pemindahan terbabit adalah pelan kontigensi yang dibuat bagi pengurusan bencana di peringkat hospital.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengesahkan beberapa blok asrama doktor pelatih di situ ditukar fungsi sebagai wad Covid-19.

Beliau berkata, notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni Blok A dan B asrama doktor pelatih HTAR.

“Notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B asrama doktor pelatih supaya keluar dalam tempoh empat hari sejak 9 Julai 2021 (Jumaat) untuk berpindah ke asrama pelajar perubatan UM.

“Selepas semua pemindahan doktor pelatih ke asrama pelajar perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai 2021, fungsi Blok A dan B asrama doktor pelatih telah ditukarkan kepada wad Covid-19 berisiko rendah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.