
Rampasan itu dibuat dalam operasi Op Kontraban oleh pasukan khas perisikan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu kira-kira 6.45 petang.
Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Komander Briged PGA Sabah, Mohd Abduh Ismail, berkata semua barang rampasan dan suspek dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
“Serbuan dibuat selepas kita menerima maklumat daripada pasukan risikan dan hasil pemeriksaan di dalam rumah sarang burung walit terbabit, pihak kami menemui sejumlah rokok dipercayai diseludup.
“Polis juga ingin menyeru masyarakat supaya terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak polis,” katanya.