
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay yang berkata, 282 daripada kes itu membabitkan pegawai dan anggotanya.
Beliau berkata, manakala 220 kes lagi membabitkan ahli keluarga masing-masing.
Katanya, sebanyak empat kematian turut direkodkan sepanjang tempoh itu melibatkan dua anggota dan dua ahli keluarga.
“Dalam tempoh sama, seramai 2,518 pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor serta 446 ahli keluarga mereka telah menjalani tempoh kuarantin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, menurut laporan Utusan Malaysia.
Ayob Khan berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam polis Kontinjen Johor, sama ada positif atau dikuarantin adalah sebanyak 3,466 kes.