
Katanya, berdasarkan kajian dilakukan aktivis kanak-kanak termasuk dasar yang digubal dalam Akta Kanak-kanak 2001, aspek pengawasan dan penguatkuasaan amat penting bagi melindungi golongan itu.
“Sampai bila lagi kita nak terus melukakan hati kita melihat kejadian-kejadian sebegini berlaku baru nak fikirkan tindakan yang lebih drastik dan radikal?
“Soalan ini saya tujukan bukan terhadap kerajaan semata-mata, tetapi seluruh pihak yang bertanggungjawab dalam pembentukan polisi dan dasar negara,” katanya di Facebook.
Pada 12 Julai tahun lalu, rumah kebajikan dikaitkan dengan Bella, iaitu Rumah Bonda disita kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Zahid berkata, kes itu mendedahkan masalah pengurusan yang serius melibatkan kepentingan, perlindungan hak kanak-kanak serta tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikannya.
“Telah banyak berlaku insiden yang sama di pusat jagaan kanak-kanak sepertinya. Ada kes yang kezalimannya tak terjangkau dek akal!
“Nak tunggu sampai bila baru kita mengambil isu kebajikan dan perlindungan kanak-kanak ini dengan lebih serius,” soalnya.