Mangsa banjir Batu Pahat kekal 141

Mangsa banjir Batu Pahat kekal 141

Seramai 79 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng manakala 62 orang di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan.

Seramai 141 mangsa banjir di Batu Pahat masih berlindung di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat kekal seperti petang tadi iaitu 141 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 79 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Yong Peng, manakala 62 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan.

“Antara kawasan masih terjejas banjir di Yong Peng iaitu Kampung Parit Lapis Bangas, Kampung Jalan Lama, Taman Melur, Kampung Parit Amil, Taman Desa Suria dan Taman Berlian.

“Di Sri Medan pula melibatkan Parit Yusof, Parit Haji Ahmad, Parit Warijo, Parit Bangas, Parit Sendayun dan Parit Seri Pasir,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan.

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.95m, manakala Sungai Sembrong di Empangan Sembrong berada di paras waspada dengan bacaan 10.68m.

Cuaca di semua 10 daerah di negeri ini dilaporkan mendung malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.