Mula siasat Loo, tapi masih ‘jauh’ nak tangkap Jho Low, kata Azam

Mula siasat Loo, tapi masih ‘jauh’ nak tangkap Jho Low, kata Azam

Azam Baki berkata keterangan daripada Jasmine Loo Ai Swan telah diambil bermula 4 Sept lalu.

Jasmine Loo Ai Swan ditahan oleh pihak berkuasa pada 7 Julai lalu. (Gambar Facebook)
SEPANG:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap bekas sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho,  Jasmine Loo Ai Swan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki berkata, keterangan daripada Loo yang juga bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diambil bermula 4 Sept lalu.

“Dia dalam siasatan kita juga.

“Setakat ini mengambil masa tiga hari dan jika perlu tambahan masa kita akan minta kepada polis untuk tambah,” katanya ditemui media selepas menghadiri Persidangan Governans, Integriti dan Antirasuah hari ini.

Mengulas sama ada Jho Low akan ditangkap susulan siasatan terhadap Loo, Azam berkata: “Jika tanya pandangan saya, belum lagi. Masih jauh.”

Sementara itu, Azam berkata pihaknya akan berusaha untuk membawa balik aset dan wang milik 1MDB yang lain, susulan rampasan oleh polis membabitkan barangan berharga atas nama Loo baru-baru ini.

“Setakat ini, wang dan aset itu sahaja dirampas,” katanya.

Isnin lalu, Bukit Aman mengumumkan telah merampas aset berkaitan 1MDB berjumlah sekurang-kurangnya RM93.2 juta, yang diperoleh atas nama Loo.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata SPRM masih menyiasat kes penahanan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis Johor

“Siasatan masih dijalankan. Pegawai penyiasat meneliti setiap kenyataan mereka ditahan dan kita nak tengok apa kaitan dengan isu rasuah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.