Didorong minat mendalam pada Merbah Telinga Merah, Faizal Jaffar membuka House of Jambul di Ayer Panas pada 2018.
House of Jambul dinamakan sempena jambul yang menjadikan Merbah Telinga Merah antara haiwan bersayap yang segak. Kedai ini antara pembekal penting Merbah Telinga Merah.
Merbah Telinga Merah atau nama Inggerisnya, red-whiskered bulbul, adalah spesis burung tropika pemakan buah-buahan dan serangga kecil dengan sembilan subspesis, dari barat India ke tenggara China dan Nusantara.
Merbah ada disebut dalam pantun Melayu: "Merbah terbang di pohon Jawa, pakai anak raja Chupa; Adik abang tuanku nyawa, bilakah masa dapat berjumpa?"
Merbah Telinga Merah dalam koleksi House of Jambul diberi makanan asas berupa dedak dan buah-buahan.
Ramai peminat sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memelihara Merbah Telinga Merah, yang dibela untuk mengungguli pertandingan burung dalam kategori suara dan gaya.
Merbah Telinga Merah milik Faizal Jaffar ini bernama MJ Akid dan jaguh puluhan pertandingan burung dalam kategori suara dan gaya.
Merbah Telinga Merah dari segenap pelusuk kota akan berentap dalam pertandingan suara yang diadakan setiap bulan di Ampang Jaya, Kuala Lumpur.
Pertandingan Merbah Telinga Merah juga popular di Kelantan.
Merbah Telinga Merah penggemar sinar matahari, menurut Faizal Jaffar.
Peserta pertandingan ditandakan dengan nombor.
Burung yang menyahut panggilan tuannya akan diberi satu mata.
Peserta pertandingan perlu melepasi empat pusingan sebelum ke peringkat akhir.
Faizal Jaffar memenangi lebih 50 pertandingan burung sejak 2015.