5 kawasan di Sabah, Kelantan, Pahang bawah PKPD

5 kawasan di Sabah, Kelantan, Pahang bawah PKPD

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu susulan peningkatan kes Covid-19.

Lima kawasan di Sabah, Kelantan dan Pahang diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan bermula tengah malam ini.
PETALING JAYA:
Lima kawasan di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 30 April.

Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu membabitkan Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan; dan Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang.

Ia dilaksanakan susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku penularan jangkitan di lokaliti terbabit dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ismail berkata, 82 individu ditahan polis semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan semuanya dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (21), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (15), tiada penjarakan fizikal (14), aktiviti pusat hiburan (2) dan lain-lain (30),” katanya.

Pada masa sama, menurut Ismail, pihak berkuasa menerusi Ops Benteng menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.