
Mayat Muhammad Faris Firdaus Mohd Sabri ditemui selepas terjatuh ke sungai berkenaan, dalam kejadian yang berlaku kurang 24 jam daripada sebuah lagi tragedi membabitkan dua kanak-kanak di Tanjung Keling.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.20 petang dan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi.
“Pihak bomba tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian dan melakukan ‘size up’ seterusnya mendapati terdapat kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
“Seorang pegawai kita telah menyelam dan menemui mayat mangsa kira-kira 4.50 petang,” menurut kenyataan itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, dua kanak-kanak yang masing-masing berusia sembilan tahun ditemui mati lemas pada Selasa dan semalam di sebuah tali air di Kampung Gelam, Tanjung Keling.