Rakyat sudah muak, kerajaan perlu ‘reset’ pentadbiran, kata Guan Eng

Rakyat sudah muak, kerajaan perlu ‘reset’ pentadbiran, kata Guan Eng

Lim Guan Eng berkata apa yang sangat diperlukan oleh rakyat adalah vaksin dan bantuan kewangan.

Lim Guan Eng berkata ‘reset’ adalah peluang bagi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan kepemimpinan.
PETALING JAYA:
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, meminta kerajaan “reset” atau atur semula pentadbiran mereka dalam penyampaian perkhidmatan untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat lebih baik.

Dalam kenyataan, Lim berkata apa yang sangat diperlukan oleh rakyat ketika ini adalah vaksin dan bantuan kewangan.

“‘Reset’ ini adalah peluang bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan kepemimpinan, mengambil tanggungjawab untuk salah urus krisis kesihatan awam, memberikan arah tuju kepada negara dan berhenti menyerahkan tugas kepada menteri-menteri.”

Lim berkata, DAP kecewa dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 terkini yang diperketatkan, kerana gagal menangani penghantaran vaksin, pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan untuk rakyat.

Beliau berkata, rakyat sudah muak dengan kehilangan arah tuju dan kekurangan kepemimpinan berikutan pengumuman kerajaan semalam, sambil menambah penghantaran sebahagian besar vaksin ditangguhkan dari Jun hingga Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, semalam mengumumkan sekatan pergerakan yang lebih ketat untuk Semenanjung dan Labuan.

Katanya, Putrajaya telah memutuskan untuk tidak mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 secara penuh demi kelangsungan hidup rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.