
PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan pertama beliau sejak dilantik secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam, secara langsung di televisyen petang ini.
Ucapan akan disiarkan pada 5.30 petang di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani and TV AlHijrah.
Bagaimanapun, masih belum diketahui adakah beliau akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri ketika ucapan itu nanti.
Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan semalam susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin pada Isnin berikutan kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.