
Beliau berkata, apa yang berlaku adalah hasil perancangan pihak tertentu dengan memberi alasan ketidakstabilan yang sengaja dicetuskan.
“Kami tak ada masalah di peringkat persekutuan, parti Barisan Nasional (BN), MCA, MIC, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), hubungan kami sangat mesra, tetapi terpaksa bertembung dalam PRN Johor,” katanya menurut laporan Utusan.
“Ia akibat perancangan pihak tertentu untuk kami bertembung atas alasan tidak stabil, bila tidak stabilnya? Kita yang cetuskan ketidakstabilan itu. Kalau nak kestabilan, kena tolak ansur sampai pilihan raya umum akan datang, tetapi tidak sabar kerana ada dominasi, tak dominan kuasa dan harta.”
Awang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata rakyat tidak boleh membenarkan sesebuah parti itu menjadi dominan kerana pelbagai perkara boleh dilakukan dengan sesuka hati, tanpa boleh dikacau.
Sebaliknya, beliau berkata, pemerintahan melalui pelbagai parti akan membolehkan negara kini melalui satu perubahan pemerintahan lebih baik.
“Sekarang kita lalui satu perubahan lebih baik melalui pelbagai parti untuk urus negara. Undi18, rakyat boleh undi Perikatan Nasional melalui apa dilaksanakan Muhyiddin Yassin. Tiada parti ketika berdepan pandemik Covid-19 dapat memberi bantuan kebajikan sosial terbaik kepada rakyat seperti beliau lakukan.
“Sehinggakan negara lain pun tidak boleh buat seperti beliau. Pelbagai insentif diberi kepada rakyat dan majikan. Kalau inilah platform diambil golongan pengundi 18 tahun tidak seharusnya tolak PN dan seharusnya beri undi pada kita untuk masa depan,” katanya.