
Chow, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata ini adalah pendirian parti sejak dahulu lagi.
“Saya fikir sehingga kini, pendirian itu masih sama.
“Parti tidak akan tergesa-gesa berhubung perkara itu sehingga perbicaraan selesai,” kata Ketua DAP Pulau Pinang itu di luar satu acara di sini, hari ini.
Ditanya sama ada DAP perlu menunjukkan teladan baik dengan meminta Lim mengambil cuti sementara, Chow berkata, lebih baik menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan tentukan.
“Pendirian masih sama. Bagaimanapun, sekiranya keadaan berubah, baharulah pucuk pimpinan boleh mempertimbangkan semula.”
Baru-baru ini, bekas Ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau mendesak Lim melepaskan jawatan pengerusinya susulan tuduhan rasuahnya.
Lim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu yang dilabelkannya bermotif politik.