
Hakimah berkata, beliau selaku setiausaha MKI mengambil maklum titah Sultan Sharafuddin sebagai pengerusi MKI melalui kenyataan yang dikeluarkan baginda hari ini.
“Jakimselaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi peraturan MKI dan arahan dari semasa ke semasa pengerusi MKI,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah, sebarang kenyataan berhubung keputusan jawatankuasa itu di bawah bidang kuasa pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-raja.
Baginda bertitah, Jakim hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI.
Hakimah dalam kenyataannya turut merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor terhadap tatakelola pentadbiran MKI.