DAP jangka PRU15 tahun depan

DAP jangka PRU15 tahun depan

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ruang bagi pelaksanaan PRU15 tahun ini agak terhad memandangkan usaha menangani inflasi memerlukan masa.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan walaupun selepas pembentangan Bajet 2023.
KUALA LUMPUR:
DAP menjangka pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ruang bagi kemungkinan PRU15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan.

“Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan Bajet 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan,” katanya kepada editor kanan media, di mesyuarat Concorde Club.

Katanya, beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.

Tempoh penggal semasa Parlimen tamat, pada Julai tahun depan.

Merujuk kepada penggunaan logo bagi pakatan pembangkang pada PRU itu nanti, Loke berkata, tiada keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan setakat ini, dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan bulan depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.