
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Mohd Yusri Atan, berkata kejadian pada 5.16 petang tadi mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin.
Beliau berkata, seramai sembilan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan, bagi melakukan aktiviti menangkap ikan dan mandi-manda.
“Bagaimanapun, mangsa ditemui pada kedalaman 3m dan juga 3m dari tebing sungai itu,” katanya dalam kenyataan.
Yusri berkata, petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.40 petang.