
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, parti itu perlu kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak orang Melayu, bukan mengikut telunjuk DAP untuk perjuangkan “Malaysian Malaysia.
“Saya wakil akar umbi Umno. Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi Umno mahu, YB (Loke Siew Fook) boleh minta kepada kawan-kawan pro DAP YB dalam Umno untuk membuat referendum.
“Tanya tiga juta akar umbi Umno sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, menyifatkan cadangan Isham supaya Umno “berpisah” dengan PH dan DAP dalam pilihan raya sekadar pandangan peribadi.
Katanya, kenyataan Isham itu tidak mewakili pendirian rasmi Umno.
Dalam pada itu, Isham berkata perkara tersebut adalah isu asas perjuangan sama ada mempertahankan hak orang Melayu atau menyambut baik “Malaysian Malaysia” DAP.
“Dalam isu ini tidak boleh dukung keduanya sebab ia amat bertentangan.
“Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang. Dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” katanya.