
Sumber berkata, empat lelaki berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan petang semalam ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah untuk memberi keterangan.
Katanya, perintah reman tiga hari sehingga 7 Jan ini dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lebih RM6 juta dimasukkan ke akaun sebuah persatuan bola sepak.
“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu pemilik sebuah syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan empat suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.