PRN Melaka: Bersatu terima senarai calon bertanding

PRN Melaka: Bersatu terima senarai calon bertanding

Ketua Bersatu Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata senarai pendek calon akan diperhalusi dan ditentukan Presiden Muhyiddin Yassin.

Ketua Bersatu Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata senarai itu akan ditentukan Presiden Muhyiddin Yassin sebelum tiba hari penamaan calon 8 Nov.
PETALING JAYA:
Bersatu Melaka sudah menerima senarai calon daripada enam ketua bahagian di negeri ini menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Ketua Bersatu Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata senarai calon diterima itu termasuk daripada calon dalam struktur parti iaitu Wanita dan Pemuda untuk diketengahkan, sebelum keputusan dibuat di peringkat tertinggi parti.

Bagaimanapun, katanya, senarai pendek calon akan diperhalusi dan ditentukan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sebelum tiba hari penamaan calon 8 Nov.

“Ketua-ketua bahagian telah menghantar senarai calon dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Saya terbuka untuk menerima daripada pelbagai sumber yang mencalonkan calon ini dan selepas itu prosesnya saya akan menghadap dan berjumpa presiden parti untuk diperhalusi satu persatu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.