Pembantu rumah hartawan terperangkap 3 hari dalam lif

Pembantu rumah hartawan terperangkap 3 hari dalam lif

Pasangan hartawan tersebut kemudian terus menghubungi pasukan bomba selepas menyedari Fortaliza terperangkap di dalam lif berkenaan sejak mereka meninggalkan rumah berkenaan.

Walaupun terperangkap selama 3 hari di dalam lif sebuah rumah agam bernilai AS$20 juta (RM82 juta), seorang pembantu di rumah Manhattan masih bernasib baik dan selamat.

Memetik AP, ‘kehilangan’ pembantu, Marites Fortaliza dikesan selepas pemilik kediamaan berkenaan, Warren Stephens dan isterinya, Harriet pulang ke rumah mereka selepas 3 hari meninggalkan banglo mewah itu.

Warren ialah pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stephens Inc., iaitu sebuah bank pelaburan yang berpangkalan Little Rock di negeri Arkansas, New York.

Menyedari pembantunya tiada, dia kemudian mencari dan mendapati Marites terperangkap di dalam lif berkenaan.

Pasangan jutawan tersebut kemudian terus menghubungi pasukan penyelamat.

Sekumpulan anggota Jabatan Bomba Bandar Raya New York dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada hari sama dan berjaya menyelamatkan pembantu berkenaan.

Selepas membuat pemeriksaan dan mendapati lif tersebut tersangkut di antara tingkat 2 dan 3 kediaman.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah, dia bagaimanapun dilaporkan stabil.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.