25 kereta disita ubah suai ekzos

25 kereta disita ubah suai ekzos

Dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu turut menyita 44 motosikal atas pelbagai kesalahan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menyita 25 kereta dalam operasi di Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka, awal pagi tadi selepas didapati mengubah suai struktur ekzos kenderaan masing-masing.
PETALING JAYA:
Sebanyak 25 kereta disita dalam operasi di Jalan Raja Laut, berhampiran Dataran Merdeka, awal pagi tadi selepas didapati mengubah suai struktur ekzos kenderaan masing-masing.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu turut menyita 44 motosikal dan saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar ibu negara.

Kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kawasan sekitar Dataran Merdeka dan ibu negara dipenuhi pengunjung yang memandu sambil menekan pendikit minyak secara semborono dan membuat bising.

Bagaimanapun, keseronokan mereka tidak lama apabila sekitar jam 2 pagi, sepasukan polis dari JSPT Kuala mula menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini dan menyita kenderaan terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.