Polis kesan kereta pandu lawan arus di Jalan Klang Lama

Polis kesan kereta pandu lawan arus di Jalan Klang Lama

Arahan untuk mengesan pemandu itu dikeluarkan selepas video kereta itu lawan arus tular di media sosial.

lawan arus
Video tular menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus sejauh kira-kira 500m di sekitar Jalan Klang Lama, pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang tular di media sosial kerana memandu secara melawan arus di sekitar Jalan Klang Lama, di sini pagi tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya mengesan video tular itu pada 11.38 pagi dan menjalankan siasatan segera.

Katanya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 9.44 pagi tadi bermula dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Kuchai Lama.

“Kenderaan terbabit dikesan memandu melawan arus dengan anggaran jarak kira-kira 500m.

“Setakat ini, semakan melalui sistem aduan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

JSPT KL memaklumkan arahan telah dikeluarkan untuk mengesan pemandu serta kenderaan terlibat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.