Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan turun, Selangor kekal

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan turun, Selangor kekal

Seramai 40 orang masih ditempatkan di tiga PPS di Terengganu, manakala 463 orang berada di empat PPS di Kelantan dan Selangor kekal dengan 34 mangsa banjir.

Banjir termenung di Kampung Tersang, Rantau Panjang semalam ekoran hujan sejak beberapa hari lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan terus menunjukkan penurunan, manakala di Selangor kekal setakat 8 pagi tadi.

Di Terengganu, banjir semakin pulih apabila hanya 40 mangsa daripada 10 keluarga berada di tiga PPS, dengan 25 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Nerus.

Di Dungun, enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah, manakala sembilan mangsa daripada dua keluarga masih berlindung di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh, Setiu.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas dan Bachok berkurangan kepada 463 orang daripada 142 keluarga yang ditempatkan di empat PPS sehingga 7.27 pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 246 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di PPS SK Tok Deh, manakala 65 mangsa daripada 19 keluarga masih berlindung di PPS Kedai Tanjong, Pasir Mas.

Di Bachok pula, 67 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS SMK Beris Panchor, manakala 85 mangsa daripada 23 keluarga berada di SK Jelawat.

Portal sama melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor kekal seperti semalam, membabitkan 34 orang daripada 14 keluarga di sebuah PPS SK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.