Alumni mahu penjawat awam ambil rasuah disebat

Alumni mahu penjawat awam ambil rasuah disebat

Amalan rasuah melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam membimbangkan alumni pegawai tadbir dan diplomatik

sebatan
KUALA LUMPUR:
Hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang didapati terbabit dengan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan hari ini berkata amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.

Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yang diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mengkhianati dan melakukan pecah amanah.

“Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara-negara yang menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika dan integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.