
Beliau tiba di pejabatnya pada 10.10 pagi dan hanya memberi peluang seketika kepada pemberita untuk mengambil gambarnya dan enggan membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut yang melanda dirinya.
“Masa untuk mulakan kerja, tiada lagi drama…Ada perkara pentadbiran yang perlu diselesaikan, kerja lebih, cakap kurang,” katanya ringkas.
Semalam, Azlan, 60, yang merupakan adun Bintong, dilantik sebagai menteri besar Perlis bagi penggal ke-2 selepas BN menang pada pilihan raya 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan memenangi 3 kerusi dan PAS 2 kerusi.
Semalam, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan pemecatan Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti, selepas 9 adun BN Perlis menolak pelantikannya.