Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala

Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala

Senjata api ditemui bersama mayat anggota berkenaan yang baru 2 hari bertugas di Balai Polis Pekan Baharu.

Terdapat 1 kesan tembakan yang menembusi kiri kepala mangsa.
IPOH:
Seorang lans koperal polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di perumahan anggota polis, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata mayat mangsa yang berusia 29 tahun ditemui di bahagian belakang kuarters Balai Polis Pekan Baharu kira-kira pukul 6.15 pagi.

Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek, katanya.

“Punca sebenar kematian belum diketahui, kita masih menyiasat. Terdapat 1 kesan tembakan yang menembusi kiri kepala mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Razarudin berkata senjata api yang ditemui bersama mayat dipercayai milik anggota berkenaan yang baru 2 hari bertugas di Balai Polis Pekan Baharu.

“Anggota masih bujang dan sebelum ini merupakan anggota pasukan bertindak khas D7 (Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.