19,057 kes Covid-19, 362 kematian

19,057 kes Covid-19, 362 kematian

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,775 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19,057 kes Covid-19 dan 362 kematian setakat hari ini.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,824,439.

Hisham berkata, terdapat 21,582 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,550,254.

Terdapat 256,302 kes aktif dengan 978 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 460 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 362 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 17,883 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,775.

Ia diikuti oleh Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434), Kedah (1,329), Kuala Lumpur (711), Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Terengganu (9).

Jangkitan yang dilaporkan di Perak dan Perlis adalah rekod baharu. Rekod sebelumnya adalah 1,390 yang dicatatkan di Perak pada 25 Ogos dan 98 di Perlis pada 28 Ogos.

Hisham berkata, daripada 19,057 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 405 kes (2.1%) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 18,652 kes (97.9%) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sementara itu, 8,544 (44.8%) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,393 (23.1%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau telah menerima dua dos tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

Sementara itu 6,120 kes (32.1%) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.