
Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan berkata, mangsa Mohd Helmi Faizal, 35, sewaktu kejadian dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di lokasi berhampiran.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelak lalu merempuh belakang sebuah kendera saji yang tiba-tiba mengubah haluan memasuki laluan kiri.
“Kendera saji itu dikatakan memasuki laluan tersebut bagi mengelak sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang warga emas,” katanya menurut laporan Kosmo!
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, dari Ketengah Jaya, Kemaman, Terengganu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Beliau berkata, mayat Mohd Helmi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat, manakala siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.