Kerjasama Umno-PAS dalam Muafakat Nasional hanya ‘perkahwinan politik’

Kerjasama Umno-PAS dalam Muafakat Nasional hanya ‘perkahwinan politik’

Sumber Umno berkata sebarang perbincangan dengan PAS hanya akan diadakan selepas PRN Johor pada 12 Mac.

PAS dan Umno membentuk Muafakat Nasional pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya dengan matlamat utama menyatukan undi Melayu-Islam.
PETALING JAYA:
Kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan PAS merupakan satu “perkahwinan politik”, kata seorang pemimpin Umno.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, hakikatnya PAS sudah bersama PKR, DAP dan Bersatu, namun kerana ingin bertahan dalam iklim politik semasa, parti itu pasti mahu menyertai Umno.

“Tetapi dengan iklim politik semasa, saya rasa PAS pasti mahu menyertai Umno untuk kelangsungannya,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, bagaimanapun sebarang perbincangan dengan PAS hanya akan diadakan selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 12 Mac.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, bahawa parti itu tidak pernah menutup pintu untuk bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pendapat.

Sumber itu bagaimanapun mengecilkan komen Hadi, dengan mengatakan ia hanya “helah kempen”.

“Mereka tidak mempunyai naratif lain kecuali percubaan terdesak ini untuk mencipta isu daripada MN.”

Dua parti Melayu terbesar itu membentuk pakatan berkenaan pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya dengan matlamat utama menyatukan undi Melayu-Islam.

Namun, pada November tahun lalu, PAS menolak gagasan MN yang terbelenggu dengan pembabitan hanya Umno dan parti itu saja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.