2 maut dalam nahas babit 3 kenderaan di Kluang

2 maut dalam nahas babit 3 kenderaan di Kluang

Mangsa yang tersepit dalam Proton Satria dinaiki terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas, menurut bomba.

Mohamad Afiq Karim, 25, dan seorang lagi mangsa, iaitu seorang penumpang lelaki dewasa, yang masih belum dikenal pasti meninggal dunia di lokasi kemalangan.
PETALING JAYA:
Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Besar Simpang Renggam- Machap, Kluang, dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Mohamad Afiq Karim, 25, manakala seorang lagi, seorang penumpang lelaki dewasa, masih belum dikenal pasti, menurut Komander Pasukan Keluaran Operasi Affendi Mustafar.

Katanya, mangsa yang tersepit dalam Proton Satria dinaiki terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Sementara itu, katanya, pemandu lori dikenali sebagai Muhammad Hishamuddin Hussin, 23 tahun cedera manakala empat penumpangnya selamat.

Katanya, pemandu sebuah lagi kenderaan terbabit, sebuah Perodua Kembara, dikenali sebagai Mohd Talib Ramli, 56, turut mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan operasi tamat pada 9.08 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.