Bersih mohon sumbangan RM60,000 pantau PRN

Bersih mohon sumbangan RM60,000 pantau PRN

Bersih menganggarkan kos keseluruhan program itu mencecah RM60,000 melibatkan 89 pemantau untuk memantau kesalahan pilihan raya di 61 DUN.

Bersih berkata sumbangan juga untuk mengerakkan rakyat keluar mengundi pada PRN bulan depan.
PETALING JAYA:
Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih memohon sumbangan orang ramai bagi menggerakkan pasukan pemantaunya sepanjang PRN bulan depan.

Bersih dalam kenyataan berkata pihaknya menganggarkan kos bagi keseluruhan program itu mencecah RM60,000 melibatkan 89 pemantau untuk memantau kesalahan pilihan raya di 61 DUN.

“Walaupun pemantau kami bergerak secara sukarela dan tidak mengharapkan sebarang bayaran, namun kami tetap akan menanggung kos makan minum dan kos perjalanan.

“Justeru dalam pilihan raya kali ini, kami sekali lagi memohon sokongan daripada orang ramai untuk memberi sumbangan seberapa pun untuk kami memantau PRN dan menggerakkan rakyat keluar mengundi,” katanya.

PRN pada 12 Ogos depan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.