Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kerana BN kini dilihat lemah di semua peringkat negeri.
“Kita yakin dengan suasana politik hari ini yang PAS sudah tunjukkan kematangan dan rakyat akan melihat bagaimana PAS menangani isu politik dan bagaimana lemahnya BN di semua peringkat negeri.
“Kita yakin walaupun tanpa krisis ini, kita yakin bahawa kita akan menang dan krisis ini dapat menambahkan keyakinan untuk menawan kembali Kedah,” katanya semasa sesi soal jawab di majlis minum petang rakan media anjuran Dewan Pemuda PAS di sini, hari ini.
Jelas Nik Abduh, PAS juga menolak usaha pihak tertentu bagi menukar Menteri Besar Kedah, sebaliknya langkah terbaik adalah menunggu pilihan raya akan datang untuk membuat keputusan.
“Kita menolak sebarang pertukaran kuasa di tengah jalan. Maknanya krisis yang berlaku di Kedah, kita tidak menyokong.
“Apa yang pernah berlaku di Selangor, pernah berlaku di Perak, kita mengambil sikap sama. Itulah parti PAS yang cuba mengelak daripada terlibat dalam pertukaran jawatan yang menimbulkan krisis,” katanya
