Bukan salah kerajaan bawa masuk pekerja Bangladesh – TPM

Federation-of-Malaysian-Manufacturers-zahid

SHAH ALAM : Kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan kerana terpaksa membawa masuk secara berperingkat 1.5 juta rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekerja terbabit diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam bidang tertentu yang tidak mahu diisi oleh rakyat tempatan.

‘Kita bukan mahu menghalang rakyat Malaysia bekerja tetapi mereka (pekerja Bangladesh) akan mengisi kerja-kerja yang tidak mahu dilakukan rakyat tempatan,” katanya di sini, hari ini.

Sektor perladangan dan pembinaan mengalami kekurangan tenaga kerja kerana sering dianggap sebagai ‘sektor 3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar.

“Berapa ramai rakyat Malaysia mahu bekerja dalam bidang perladangan dan pembinaan yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan?

“Berapa ramai yang mahu bekerja dalam ‘sektor 3D’? Tidak ada,” tegasnya.

Justeru, beliau mahu semua pihak berhenti menyalahkan kerajaan kerana bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh secara berperingkat itu.

“Jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan saya, jangan salahkan Kementerian Dalam Negeri. Jangan lihat dari sudut negatif sahaja,” katanya.