K Sri Devi, isteri kepada S Puspanathan, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mendakwa kecuaian MAS dan kerajaan telah menyebabkan pesawat itu hilang.
Mereka menamakan Malaysia Airlines (MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Imigresen, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan sebagai defendan.
Dalam tuntutan saman itu, K Sri Devi mendakwa, MAS dan defendan lain bertanggungjawab menyebabkan kematian suaminya.
MAS, dakwanya, telah melanggar tanggungjawab untuk memastikan suaminya tiba di Beijing dengan selamat.
DCA pula, plaintif mendakwa, agensi kerajaan itu telah cuai melaksanakan tugas memastikan trafik udara terkawal dan selamat
“Jabatan Imigresen pula telah berkompromi dengan keselamatan penumpang apabila membenarkan dua penumpang menggunakan passport curi menaiki pesawat itu.
“TUDM pula gagal mengambil langkah sewajarnya selepas radar mengesan pesawat itu berpatah balik pada awal pagi hari kejadian,” dakwa K Sri Devi dalam tuntutan saman itu.
Ini adalah saman ketiga yang difailkan ahli keluarga pesawat berkenaan menjelang ulang tahun kedua kehilangannya. Dua saman sebelum ini berjaya diselesaikan di luar mahkamah.
