“Berhubung laporan yang dibuat Ali Tinju, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 KK (Kanun Keseksaan) kerana ugutan jenayah.
“Sebarang tindakan akan diambil selepas siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju membuat laporan polis semalam atas dakwaan menerima ugutan ‘pukul, tembak dan bunuh’ daripada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.
Menurutnya, ia susulan kenyataannya sebelum ini bahawa UMNO akan kalah teruk jika mencalonkan Jamal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun nanti.
Jamal kemudiannya membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Ali Tinju itu di Balai Polis Sekinchan petang semalam.
Beliau mendakwa kenyataan Ali Tinju itu berniat jahat dan bertujuan mencemarkan nama baiknya serta keluarganya.
