Pengarah PRK Sungai Besar Datuk Iskandar Abdul Samad berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, pengundi UMNO juga tidak menyokong Mahathir.
“Maklum balas pengundi UMNO yang kami terima ialah mereka juga akan tolak Mahathir.
“Bermakna ini tidak memberi kesan pada kempen PAS,” katanya pada sidang media di Markas PAS, Simpang Lima, hari ini.
Beliau berkata, PAS menentang Mahathir sejak beliau masih memegang jawatan sebagai perdana menteri.
“Masa Mahathir jadi perdana menteri, kita lawan dia. Dia bukan perdana menteri pun kita lawan lagi,” katanya.
Naib presiden PAS itu berkata PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dilihat sebagai referendum untuk kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Semua orang akan lihat sebagai referendum. Pilihan raya ini amat penting, semua bersetuju dengan referendum.
“UMNO juga bekerja keras sebab mereka tahu ini adalah referendum. Bukan saja dibawa Mahathir, tetapi orang UMNO juga faham,” katanya.
