Undi awal bermula di Sungai Besar, Kuala Kangsar

Undi awal bermula di Sungai Besar, Kuala Kangsar

Proses pengundian awal disaksikan ejen calon yang bertanding dalam PRK itu, selain pemerhati tempatan daripada NGO yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya.

kecoh_selangor_perak_undi_60011

PETALING JAYA:
Pengundian awal bagi kedua-dua PRK mula dibuka seawal jam 8 pagi tadi membabitkan 286 anggota polis dan pasangan di Parlimen Sungai besar dan 312 pengundi di Kuala Kangsar.

PRK di Sungai Besar berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam dengan Bilik Cawangan Latihan/Sukan menjadi lokasi mengundi bagi DUN Sungai Panjang sementara Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1 bagi pengundi awal DUN Sekinchan.

Pusat pengundian awal dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang bagi DUN Sungai Panjang manakala bagi DUN Sekinchan, ia dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang.

Sementara di Kuala Kangsar, dua pusat pengundian awal ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi.

“Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi,” katanya dipetik daripada Bernama.

Proses pengundian awal disaksikan ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan daripada NGO yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.

Di Kuala Kangsar pula, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (AMANAH) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Hari mengundi PRK kedua-dua kawasan ditetapkan pada 18 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.