Dua usahawan pamer inovasi anak tempatan di UK

Dua usahawan pamer inovasi anak tempatan di UK

Pengasas Christy Ng Shoes dan Touristly Aaron Sarma menewaskan 12 usahawan lain dan diberi peluang mempamerkan perniagaan dalam talian mereka di Pitch@Palace UK 2016 Disember ini.

Christy-Ng-Shoes

KUALA LUMPUR:
Ramuan kejayaan adalah kreativiti dan usaha keras. Ini terbukti apabila anak tempatan berpeluang untuk mempamerkan perniagaan dalam talian mereka kepada pelabur antarabangsa.

Mereka adalah pengasas Christy Ng Shoes, Christina Mei Mei Ng, 29, dan Touristly, Aarson Sarma, 36.

Mereka menewaskan 12 anak tempatan lain yang mempamerkan perniagaan masing-masing di acara Pitch@Palace Malaysia hari ini.

Sebagai ganjaran, mereka berpeluang untuk mempamerkan perniagaan mereka dalam talian mereka di Pitch@Palace UK 2016 Disember ini.

Hadir memeriahkan acara pagi tadi adalah Duke York, Putera Andrew.

Bercakap kepada pemberita, Christina berkata minatnya pada kasut terbit seawal umur 4 tahun dan pengalaman membesar dalam keluarga yang serba kekurangan mendorongnya untuk berusaha sehabis baik.

“Bapa saya cuci pendingin hawa dan ibu saya suri rumah. Jadi saya sedar saya perlu bekerja keras kerana gagal bukan pilihan.”

Beliau seorang siswazah teknologi bio dan pernah bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal sebelum meletak jawatan untuk memulakan perniagaan kasut dalam talian.

Perniagaan mendapat sambutan kerana menawarkan ciri unik yang membolehkan pelanggan melakar kasut yang diinginkan melalui teknologi 3D.

“Saya tidak punyai wang untuk menyewa kedai. Lantas, saya menggunakan alam maya dan dari situ perniagaan saya berkembang. Kini, kami ada pelanggan daripada 40 negara berlainan.”

Sarma pula dihambat idea mewujudkan Touristly, iaitu lawan sesawang yang membantu pengguna merancang aktiviti percutian dengan lebih mudah. Ilham datang kepadanya ketika melancong dengan keluarga di Singapura.

“Agak payah nak merancang aktiviti disana. Kami terpaksa gelintar beberapa laman sesawang untuk menempak aktiviti.

“Jadi kami kata: Kita dirikan platform yang membolehkan aturcara ditempah dan dihasilkan sendiri.

“Kita cuba memudahkan proses semudah mungkin. Jadi, apa yang dahulunya mengambil masa beberapa jam kini boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes memuji inovasi yang dipamerkan anak-anak tempatan di acara ini, malah mungkin berminat untuk melabur dalam beberapa perniagaan yang dipamerkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.