“Dalam masa 24 jam, kami mencapai sasaran,” kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeo, yang mengucapkan terima kasih kepada orang ramai selepas menerima RM1,009,000.
“Dari pukul 6.00 petang semalam sehingga 2.00 petang hari ini, kami menerima RM51,000 setiap jam,” katanya.
Semalam, DAP menggunakan dana parti membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi bagi membebaskan Guan Eng, susulan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Sehubungan itu, DAP mengumumkan kempen kutipan derma itu sudah berakhir.
Kempen itu merayu orang ramai menderma RM10 setiap orang bagi menggantikan dana parti.
Sejumlah RM890,000 digunakan dari akaun DAP Pulau Pinang, manakala RM110,000 disumbang oleh Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.
