Putrajaya ‘dibedil’ esok, tetapi jangan panik

Putrajaya ‘dibedil’ esok, tetapi jangan panik

Sebanyak dua das tembakan akan dilakukan esok dan 21 das pada Jumaat.

tembakan-meriam
PUTRAJAYA: Penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya diminta tidak terkejut atau panik jika terdengar bunyi tembakan meriam esok dan Jumaat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata tembakan adalah bersempena raptai penuh Istiadat Mengarak Panji-panji Yang Dipertuan Agong yang akan didakan esok dan istiadat berkenaan pada Jumaat di Dataran Pahlawan Negara.

Beliau berkata semasa raptai penuh, sebanyak dua das tembakan akan dilakukan manakala pada Jumaat, ia melibatkan 21 das tembakan.

Rosly juga menegaskan pada Jumaat, penggunaan drone tanpa kelulusan tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta sebarang aktiviti melibatkan penerbangan belon panas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.