Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata, serahan akan bermula 2019.
“Janji niaga itu adalah pembawa perubahan bagi Malaysia Airlines dengan kos lebih murah dan kecekapan lebih tinggi yang akan disalurkan kepada pelanggan setianya menerusi tambang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan.
Bellew berkata, dengan keupayaan jarak jauh 737 MAX, Malaysia Airlines akan dapat menghubungkan penumpangnya ke lebih banyak destinasi dengan pesawat lebih selesa.
Syarikat penerbangan nasional itu beroperasi dengan hampir setiap kumpulan pesawat 737 dan menerima serahan pesawat 737 ke-100 pada Disember 2014.
Ketika ini, ia beroperasi dengan 56 pesawat 737-800.
