
Setiausaha Agungnnya, Chang Kim Loong berkata tribunal ini wujud di bawah Akta Pengurusan Strata, khususnya Akta 757, mula berkuat kuasa pada Jun tahun lepas.
Bercakap kepada FMT mengenai isu penyelenggaraan rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium, Chang berkata sesiapa sahaja, sama ada seorang penduduk atau wakil badan pengurusan yang merasa terkilan dengan mana-mana pihak berhubung isu tertentu boleh membawa kesnya ke tribunal.
“Sebaik tribunal membuat keputusan, mereka yang terlibat perlu mematuhinya. Sebagai contoh, jika rumah jiran bocor dan ia menjejaskan dinding atau siling unit anda tetapi pihak terbabit enggan memperbaikinya, anda boleh membawa jiran ke tribunal.
“Mana-mana pihak yang enggan mematuhi keputusan tribunal dianggap melakukan kesalahan jenayah,” kata Chang.
Bagi kes bayaran yuran penyelenggaraan tertunggak, Chang berkata tribunal itu juga memberi ruang kepada penduduk dan badan-badan penyelenggaraan.
Isu tidak membayar yuran penyelenggaraan adalah masalah yang lama wujud di mana masih banyak pengurusan apartmen dan kondominium berdepan penghuni berhutang jumlah wang yang besar sebagai tunggakan bayaran.
Ini menyebabkan isu penyelenggaraan dan pengurusan, misalnya ketidakupayaan menjalankan pembaikan bangunan, perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan kemudahan.
Satu-satunya masalah besar pada masa kini adalah berurusan pemilik unit warga asing yang tidak lagi tinggal di negara ini. Chang menjangka masalah itu meningkat ekoran banyak kondominium dibeli orang asing.
Membandingkan dengan sesetengah negara lain, Chang berkata, undang-undangnya yang lebih ketat dalam memastikan pematuhan yang lebih baik.
“Contohnya, Singapura di mana mereka yang tidak membayar yuran penyelenggaraan berisiko unit mereka dirampas,” jelasnya.
Untuk pengetahuan pemilik rumah, Chang berkata nilai pasaran sesuatu hartanah amat bergantung kepada pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama yang efisien.
Di Malaysia, kesedaran terhadap semua isu ini amat kurang terutamanya dalam kalangan pemilik unit kediaman kos sederhana dan rendah.
Pautan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/23/tribunal-akta-pengurusan-strata-2013-akan-libatkan-rakyat-selangor/