Syarikat teksi lancar aplikasi lawan Uber, GrabCar

zeptop-blue

KUALA LUMPUR: Setelah hampir setahun menentang perkhidmatan e-hailing, Uber dan GrabCar, pengusaha teksi menggunakan pendekatan berbeza dengan memperkenalkan aplikasi Zepto Blue.

Pengasas syarikat teksi Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, aplikasi baru itu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik sekali gus menyaingi Uber dan Grab walaupun perkhidmatan perkongsian kenderaan itu dianggap tidak sah di negara ini.

“Zepto Blue bukan sahaja menyediakan perkhidmatan menghantar penumpang malah menghantar barang bermula dari perkhidmatan berjalan kaki, motor, kereta dan lori. Jadi kita tidak terhad hanyar penumpang sahaja.

zeptop-blue2

“Zepto Blue adalah kerjasama Teksi Big Blue dan Zepto Express untuk membantu mentransformasi industri teksi dan pemandu sekali gus menambah pendapatan pemandu,” katanya dalam sidang media majlis perasmian aplikasi Zepto Blue di KLCC petang tadi.

Caj setiap perkhidmatan menerusi aplikasi Zepto Blue dibuat mengikut meter teksi bermula dari RM3 bagi teksi biasa dan RM6 bagi teksi eksekutif.

“Pengguna boleh menyemak senarai harga untuk jenis perkhidmatan yang mereka mahu sebelum membuat tempahan dan pembayaran juga dibuat secara online. Tempoh masa perkhidmatan adalah dalam 3 jam.

Pihaknya juga menyasarkan 2,000 tempahan setiap hari.

Sebagai permulaan perkhidmatan itu melibatkan kawasan Kuala Lumpur dan Selangor selain merancang meluaskan perkhidmatan ke Johor dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau turut membidas rancangan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan memperkenalkan Program Tranformasi Industri Teksi (PTIT) dengan mendakwa ia membunuh industri teksi bukannya membantu.

“Kita buat ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk mentransformasi industri teksi tetapi apa yang dilakukan SPAD menerusi 11 plan PTIT tidak akan menjadi dan merosakkan industri teksi memandangkan tidak ada penurunan harga teksi kerana Uber dan Grab.

Pautan:

Pemandu teksi gugur protes, mahu Najib campur tangan

Saingi Uber-Grab, SPAD perkenal skim bebas pemandu dari pajakan syarikat

Halalkan Uber, Grab: Pemandu teksi ugut jadi pemandu peribadi