
Bercakap kepada FMT, Pengarah Eksekutif AI-M Shamini Darshni Kaliemuthu menjelaskan mengenai gesaan terbaru beliau berhubung ketelusan dalam pelaksanaan hukuman mati.
Shamini berkata pada masa ini, apabila Lembaga Pengampunan membuat keputusan, ia memberi 2 kemungkinan, sama ada banduan menerima pengampunan atau pelaksanaan hukuman mati serta-merta.
Shamini berkata ini adalah mengapa lebih ketelusan diperlukan dalam proses Lembaga Pengamapunan dan Jabatan Penjara.
Pada masa ini, kerana kekurangan ketelusan, banduan dan ahli keluarga tidak diberikan notis mencukupi, dengan sesetengah keluarga dimaklumkan dalam tempoh hanya 72 jam sebelum pelaksanaan hukuman dilaksanakan, dan ini adalah satu tindakan mempersendakan hak asasi manusia.
Beliau berkata masa yang singkat ini juga bermakna peluang lebih kecil kepada peguam untuk memfailkan rayuan minit terakhir atau mengemukakan bukti baharu yang dapat membantu mengubah nasib banduan berkenaan.
Semalam, Shamini menggesa lebih ketelusan terhadap penggunaan hukuman mati selepas majlis penyerahan kad hari jadi daripada rakyat Malaysia di seluruh negara kepada Shahrul Izani Suparman, banduan hukuman mati.
Pada 25 September 2003, Shahrul ditahan dalam sekatan jalan raya apabila polis menemui 622 gram ganja yang dibungkus dalam 2 akhbar yang diletakkan di dalam beg berasingan. Beliau dijatuhi hukuman mati pada 8 Disember 2009.
Usaha membuat kad hari jadi itu adalah satu inisiatif AI-M bersempena Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia ke-14, yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.
Shamini juga menyokong gesaan Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh baru-baru ini agar Lembaga Pengampunan mengenakan had masa mengenai petisyen pengampunan terhadap banduan dihukum mati kerana ia tidak adil untuk mereka selepas semua rayuan undang-undang meletihkan.
Shamini berkata tanpa rangka masa tertentu, banduan hukuman mati dan keluarga mereka berada dalam keadaan sengsara.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menyuarakan harapan Lembaga Pengampunan di setiap negeri akan menetapkan tempoh masa bagi membuat keputusan sama ada meluluskan petisyen pengampunan.
Pada masa ini, tidak ada had masa bagi lembaga untuk melupuskan petisyen itu.
Pelaksanaan hukuman terbaru di negara ini adalah terhadap bekas pembersih kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris yang digantung pada 23 September kerana membunuh penganalisis IT Canny Ong Lay Kian pada 2003 di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.
Pautan:
Ditahan ketika remaja, lelaki tunggu hukuman mati nafi bersalah