Anti-Bersih tak waras, ketua kumpulan perlu ditangkap, tegas kesatuan

Anti-Bersih tak waras, ketua kumpulan perlu ditangkap, tegas kesatuan

Kesatuan wartawan kebangsaan akan membuat laporan polis kerana kejadian membabitkan ahlinya

NUJ
KUALA LUMPUR:
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk serangan kumpulan anti-Bersih ke atas petugas media yang membuat liputan Konvoi Bersih 5 semalam.

NUJ dalam satu kentayaan hari ini berkata pihaknya terkejut golongsn “memalukan” itu masih wujud di negara ini.

“Ternyata kumpulan ini tidak faham dan daif tentang tugas wartawan yang sebenar.

“Kumpulan ini jelas terlalu mengikut emosi dalam setiap tindakan mereka sehingga tidak dapat berfikir seperti seorang yang waras,” kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, wartawan The Star dilapor diserang oleh beberapa lelaki dari kumpulan anti-Bersih di Kuala Selangor.

Wartawan tersebut didesak memadamkan klip gambar dan video selain ditolak dan dikasari.

Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos hari ini tampil memohon maaf, dan percaya kekasaran tidak di sengajakan.

Sementara itu, NUJ akan membuat laporan polis ke atas kumpulan anti Bersih tersebut memandangkan kejadian itu membabitkan ahli kesatuan.

“NUJ menggesa pihak polis menangkap segera ketua kumpulan itu demi keharmonian dan keamanan,” kata kenyataan itu lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.