Saman AES RM150, kata menteri

Saman AES RM150, kata menteri

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyangkal khabar angin kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan ke atas kenderaan sejak ia mula diperkenalkan pada 2012.

liow-aes-1
KUALA LUMPUR:
Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan RM150, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata keputusan itu diluluskan Kabinet pada mesyuarat baru-baru ini.

Beliau turut menyangkal khabar angin kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan dipandu melebihi had laju di bawah AES apabila ia mula diperkenalkan pada 2012.

“Mereka perlu membayar dan dendanya ialah RM150,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang gagal membayar denda akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu.

Liow berkata pada masa ini sebanyak 40 kamera AES dipasang di Lembah Klang dan Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.