
Ahli jawatankuasa Thomas Fann mengalu-alukan penglibatan Dr Mahathir dalam himpunan semalam. Menurut Thomas, Dr Mahathir memendekkan mesyuarat di Sudan, yang diatur tahun lepas, untuk bersama tunjuk perasaan itu.
Namun katanya, bukan Dr Mahathir sahaja yang beri ucapan kerana himpunan turut menampilkan jurucakap daripada parti pembangkang lain.
Sementara itu, ahli jawatankuasa Wong Chin Huat akui pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berjaya menarik sokongan kepada himpunan semalam, yang antara lain mendesak perdana menteri meletak jawatan.
Tetapi beliau mengingatkan tiada pihak boleh mengganggu agenda reformasi gabungan itu: “Mereka yang cuba akan diabaikan.”
Kehadiran Dr Mahathir di himpunan semalam mencuri perhatian media dan diberi liputan meluas oleh media antarabangsa.
Dalam kalangan rakyat juga terkejut, lantaran pentadbiran Dr Mahathir sendiri cuba membanteras gerakan reformasi.